SUPLEMEN VITAMIN C DAN DIABETES


TULISAN OLEH DR NORMAN NORAWI

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk pesakit diabetes. Semua pesakit diabetes sepatutnya mengambil suplemen vitamin C setiap hari untuk membantu mereka mengawal paras glukosa dan mencegah komplikasi penyakit diabetes. Vitamin C juga membantu membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca diabetes jenis 2 ini. Ini berdasarkan laporan kajian yang baru di terbitkan dalam jurnal perubatan tahun ini.

Kajian yang  di laporkan daripada Deakin University  telah menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C dengan dos 500mg dua kali sehari (total 1000mg sehari) membantu pesakit diabetes jenis 2 menurunkan paras glukosa darah mereka  sepanjang hari dan mengurangkan pemuncakan glukosa darah selepas makan. 

Kajian secara ‘randomised cross-over study’ ini di terbitkan dalam Journal Diabetes, Obesity and Metabolism tahun 2019. Kajian ini juga menunjukkan vitamin C juga membantu menurunkan paras tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara umumnya. Kajian ini mendapat geran daripada Diabetes Australia Research Trust.

Menurut ketua penyelidik Assoc Prof. Glenn Wadley daripada Deakin’s Institute for Physical Activity and Nutrition, kajian ini menunjukkan 36% peserta kajian mengalami penurunan paras glukosa darah selepas makan dengan pengambilan suplemen vitamin C ini. Ini mendedahkan mereka kurang tiga jam sehari kepada paras hiperglisemia (glukosa darah tinggi) yang mana ini akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular di kalangan pesakit diabetes. 

Kesan daripada kajian ini memberikan satu impak yang positif kepada 1.2 juta penduduk Australia yang mempunyai masalah diabetes. Kajian ini juga menunjukkan bacaan tekanan darah tinggi menurun selepas mengambil pil suplemen vitamin C yang diberikan kepada peserta kajian dengan kedua-dua paras sistolik dan diastolik menurun. 

Vitamin C yang di ambil adalah 1000mg sehari iaitu 10 kali ganda daripada kadar RDA yang biasa di sarankan sebelum ini. Vitamin C adalah satu bahan anti oksidan yang kuat yang melawan paras tinggi radikal bebas yang didapati dalam tubuh pesakit diabetes dan penemuan kajian ini sangat menggalakkan kerana ia boleh membantu pesakit diabetes mengawal kedua-dua masalah iaitu paras glukosa dan tekanan darah tinggi yang selalu mereka hidapi.

Aktiviti fizikal, pemakanan yang baik dan ubat-ubatan anti diabetes adalah penjagaan standard yang di terapkan untuk mengawal penyakit diabetes dan banyak juga pesakit masih gagal mengawal paras glukosa mereka dengan baik. Penemuan kajian ini menjadi satu  bukti bahwa pengambilan suplemen vitamin C adalah satu kaedah yang murah, mudah dan efektif sebagai rawatan tambahan untuk merawat masalah diabetes dan menambahbaik kawalan paras glukosa darah. 

Amalkan pengambilan suplemen vitamin C 500mg dua kali sehari untuk mendapatkan faedah daripada suplemen ini terutamanya kepada pesakit diabetes, tetapi perlu diingat, pesakit masih perlu makan ubat diabetes yang di beri oleh doktor. Jangan menggantikan ubat diabetes dengan vitamin C. Vitamin C hanya suplemen tambahan untuk membantu mengawal glukosa dengan lebih baik. Insyaallah

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan :

1. Shaun A. Mason  Bodil Rasmussen  Luc J.C. van Loon  Jo Salmon  Glenn D. Wadley. Ascorbic acid supplementation improves postprandial glycaemic control and blood pressure in individuals with type 2 diabetes: Findings of a randomized cross‐over trial. Diabetes, Obesity and Metabolism, Volume21, Issue 3, March 2019, Pages 674-682

2. Tamari, Y, Nawata, H, Inoue, E, et al. Protective roles of ascorbic acid in oxidative stress induced by depletion of superoxide dismutase in vertebrate cells. Free Radic Res. 2013; 47: 1‐ 7.

3. Frei, B, England, L, Ames, BN. Ascorbate is an outstanding antioxidant in human blood plasma. Proc Natl Acad Sci USA. 1989; 86:6377‐81.

4. Houstis, N, Rosen, ED, Lander, ES. Reactive oxygen species have a causal role in multiple forms of insulin resistance. Nature. 2006; 440: 944‐ 948.

Jom dapatkan VITAMIN C anda sekarang sebelum kehabisan stok. Hubungi saya segera di talian 017-2966182 atau anda boleh terus isi borang pendaftaran ahli di sini dan saya akan hubungi anda dengan segera.

Anda juga boleh layari laman sosial berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut..



Email : rahmahjoe@gmail.com
Call / SMS / Wasap ke :  017-296 6182

Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman

***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan mencegah sebarang penyakit


Ulasan