Percayakah anda?
Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat
dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan
serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.
1.
KEKALKAN
BERAT BADAN YANG SIHAT
Berat badan yang sihat
ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk
mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu
mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.
2. KEKALKAN
TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL
Lakukan pemeriksaan
tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula
darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang
dan teruskan gaya hidup yang aktif.
Pilih makanan yang
rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang
berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih
ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan
buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin
dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu,
adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.
4.
KEKAL
AKTIF SECARA FIZIKAL
Tabiat bersenam
membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam
lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan
kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai
sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan
kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan
jantung anda.
Jangan pandang stres
sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah
meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk
melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu
menenangkan diri dan mengurangkan stres.
Ulasan
Catat Ulasan