Jangkitan Kuman di Paru-paru

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

·        Demam panas.
·        Batuk dengan atau tanpa kahak.
·        Sakit dada.
·        Tiada selera makan, tidak mahu makan.
·        Rasa tidak sihat, sering merengek.
·        Pernafasan laju atau susah bernafas.
·        Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
Pernafasan laju.Sukar untuk bernafas.Bibir menjadi biru.Batuk berdarah.Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

·        Paracetamol/Panadol.
·        Rehat yang secukupnya.
·        Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

·        Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
·        Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
·        Teruskan penyusuan susu ibu.
·        Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

a)  Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) – wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).
b)     Vaksin influenza – untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.
c)     Vaksin pneumococcal – untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doctor dengan segera.


Antara Suplemen yang boleh diambil sebagai tambahan untuk mencegah jangkitan paru-paru

1.  Omega Guard - berfungsi untuk mencairkan kahak dan melegakan radang dan saluran penafasan.

2.      Vitamin C - bertindak sebagai pertahanan tubuh dan menguatkan sistem imun.

3.      Garlic - menghasilkan antibiotik semulajadi untuk malawan penyakit. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya di 017 – 296 6182 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda dan cara makan yang betul dan cepat akan diberikan selepas VITAMIN yang anda pesan sampai ke tangan anda.

Pilihan di tangan anda buatlah pilihan yang bijak. saya sedia membantu.

KLIK UNTUK TEMPAHAN SEGERA


Atau

Call / SMS / Wasap ke 0172966182

Sekian

Salam sayang dari saya,

Siti Rahmah Abdul Rahman







Ulasan