SOAL JAWAB DENGAN DR PSIKIATRI PUNCA RAMAI ORANG ADA MASALAH GANGGUAN MENTAL DAN PERASAAN

Hari Sabtu yang lepas, my wife dia organize business coaching dengan downlines. Ada ramai juga lebih daripada 10 orang.

Ada seorang downline ni dia pun bawa husband sekali. Saya pun ambil peluang bersembang dengan si suami ni.

Rupanya kami sama-sama MRSM. Tapi dia di MRSM Chenderoh, saya pula MRSM Jasin. Dia cuma muda setahun daripada saya.

Terbuka topik tentang kerja, saya tanya dia kerja apa. Rupanya dia seorang doktor medikal. Yang 'rare' nya dia ni doktor bahagian psikiatri. Wow.

Saya ada banyak sangat kawan doktor, yang dah jadi pakar pun ada, tapi ni kali pertama saya jumpa doktor psikiatri. Tiba-tiba rasa macam ada banyak benda nak tanya 😂

Secara spontan terus tanya, selalu rawat orang sakit mental ke?

Dia cakap biasanya dia punya pesakit, hanya lebih kurang 20% yang sakit mental. Selebihnya ramai yang datang sebab masalah stress dan depress. Baru tau yang ramai juga orang yang refer ke hospital bila stress dan depressed.

Soalan kedua; apa sebenarnya yang buat orang stress dan depress ni?

Dia kata banyak benda yang menyumbang. Antaranya persekitaran seseorang. Pemakanan. Makanan tak seimbang pun boleh jadi punca stress.

Soalan ketiga; macam mana pemakanan tak seimbang boleh jadi stress? (Dalam hati, takkan makan sedap-sedap pun stress? 😂)

Makanan ni mempengaruhi penghasilan hormon. Antara hormon yang penting ialah serotonin. So untuk dapat paras hormon yang normal, kena makan makanan yang bernutrisi. Masalahnya bila makan makanan yang rendah nutrisi, ia akan ganggu penghasilan hormon. Bila paras hormon terlalu rendah/tinggi, dia akan mempengaruhi kesihatan mental seseorang. So pemakanan sangat penting.

Baca tentang Serotonin: https://www.medicalnewstoday.com/kc/serotonin-facts-232248

Soalan keempat; selalunya orang stress dan depress ni dapat ubat lah ye untuk rawatan?

Biasanya orang yang ada masalah stress dan depress ni banyak kena kaunseling. Ubat pun ada juga tapi tak bantu banyak. Yang penting sebenarnya pemikiran. Kalau persekitaran positif, makan makanan yang lengkap nutrisi tapi tak jaga pemikiran, pun boleh jadi stress.

Soalan kelima; kenapa orang Jepun, yang persekitaran positif, negara moden yang amal makanan berkhasiat, ada banyak kes bunuh diri sebab stress?

Dia kata, isu orang yang banyak bunuh diri kt Jepun ni memang sebab stress. Sebagai orang Islam, kita percaya kepada kehidupan selepas mati. Tapi orang Jepun tidak. Mereka percaya bila mati, selesai semua masalah.

Kadang-kadang diorg stress pun atas benda-benda yang kecil. Sebab tak mampu kawal stress, mereka bunuh diri. Kalau dibanding dengan orang Islam, ada juga kes bunuh diri. Tapi hanya berlaku bila stress yang tahap melampau-lampau.

=====

Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat sedikit sebanyak.

Dalam tak sedar, bila kita bisnes supplemen, kita bantu ramai orang untuk lengkapkan nutrisi dalam pemakanan, yang menyumbang kepada both kesihatan fizikal dan mental.

Ulasan