Info : SAWAN

Sawan berlaku apabila terjadi aktiviti elektrik yang tidak normal di dalam otak. Semasa serangan, seseorang pada mulanyan tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan (semua otot skeletal akan mengecut). Ini diikuti dengan fasa ‘clonic’ atau pengenduran otot dimana semua otot akan menjadi kendur dan pergerakan menjadi tidak terkawal. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala, tangan dan kaki. Individu terbabit juga mungkin mengalami pembuangan air kecil dan besar yang tidak terkawal. Seterusnya, individu itu akan mengalami kekeliruan, mengantuk dan keletihan. Semua ini berlaku dalam jangkamasa satu sehingga dua minit. Sawan juga dikenali sebagai epilepsi.

Sawan dan Kesihatan Mulut

Bagaimana sawan boleh memberi kesan kepada gigi saya?
Masalah perubatan yang dialami boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah pergigian dan menjadikan rawatan pergigian bertambah kompleks
Ubat yang diambil untuk merawat sawan selalunya mendatangkan kesan sampingan terhadap gigi dan struktur mulut anda

Beberapa contoh masalah mulut yang dialami oleh penghidap sawan:
·       Mulut kering
·       Gusi bengkak disebabkan ubat phenytoin (ubat anti-sawan)
·       Ulser mulut
·       Risiko mendapat jangkitan kuman
·       Proses penyembuhan yang lama
·       Serangan yang kerap boleh menyebabkan kecederaan pada gigi terutamanya gigi hadapan
·       Kesihatan mulut yang terjejas sekiranya kebersihan mulut diabaikan (penyakit gusi, gigi berlubang, nafas berbau)

Email : rahmahjoe@gmail.com
Call / SMS / Wasap ke :  017-296 6182

Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman

Ulasan