Zaman
serba memerlukan duit, ramai yang buat keputusan untuk buat side income untuk
tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST la SST la, apa yang perlu dibayar
dah jadi berganda-ganda. Tuntutan kewangan semakin meningkat. Kalau masih lagi
rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan
bertahan lama.
Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari-cari
sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di saat memerlukan.
Sediakan payung sebelum hujan memang terpakai sampai bila-bila.
Saya nak kongsi bisnes yang saya jalankan hampir 3 tahun ni. Satu
tips bila nk cari side income, mulakan dengan bisnes yang modal kecik.
Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu bisnes kita
zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung hutang.
Modal yang saya keluarkan untuk start bisnes Shaklee ni hanya
RM75. Saya dapat balik modal ni hanya sebulan selepas saya serius. Modal tak
besar tapi pulangan besar. Bukan janji manis, tapi usaha yang manis. Sebab
akhirnya berbaloi. Alhamdulillah konsisten dengna bisnes Shaklee, saya diberi
peluang untuk merasa free trip luar negara, local, car bonus, dan banyak lagi
peluang emas dari Shaklee.
Saya
taknak cerita lanjut apa yang saya dapat tapi saya nak share bagaimana proses
untuk dapat semua tu. Bukan melalui goyang kaki terus dapat, tapi dengan ilmu.
Shaklee ni bisnes special, seseorang tidak akan maju ke depan kalau dia tak
tahu cara yang betul untuk bergerak.
Dan tidak semua mentor boleh ajar cara yang betul untuk berjalan,
apa lagi berlari. Ada yang disuruh jual product tak sudah-sudah tapi tak tahu
cara macam mana nk jual, tak tunjuk cara. Kalau yang memang dah jenis bisnes
memang no hal, kadang2 lebih advance dari mentor. Tapi kalau yang memang baru
nak berjinak-jinak, macam mana? Terkapai-kapai la jawabnya... last2 bisnes separuh jalan. Lebih buruk kalau nama syarikat pulak dipersalahkan. Tapi tidak semua juga
salah mentor. Ada yang mentor tunjuk jalan macam-macam tapi dek kerana malas
nak usaha, nk bersusah-susah, nak sentiasa ada sales, kalau takde give up, atau
taknak ada halangan dalam bisnes pun tak jadi jugak.
Wow panjang pulak bebelan.
Bagaimana cara nk maju dalam bisnes Shaklee? Maksudnya bila dah niat nak cari side income dengan bisnes, apa yang perlu buat supaya memang betul2 boleh dapat side income?
Rules #1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
Maka
bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca
apa yg ditulis dalam buku manual biz, jadi jangan la segan untuk bertanya
mentor. Nak income cepat, cari mentor cepat-cepat dan korek ilmu. Yang basic
wajib tahu.
Rules #2: Hanya bermula
dengan sharing
Jika
sebelum ni anda pengguna, sangat la mudah. Dengan guna konsep sharing, hanya
share sahaja apa product yang diguna. Share kebaikan dan kesan yang dirasa. Apa
perubahan positif yang dah berlaku. Share dari hati. Nak share di mana? Kita
ada bnayak medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau
offline, di opis, dgn jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.
Rules #3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu
Peluang
akan datang lebih banyak jika kita willing untuk gali dan korek
ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir majlis ilmu,
kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. Buat
tanpa ilmu ibarat buat benda sia2 yang boleh menyebabkan kita give up dan
berhenti separuh jalan. Jadi tak boleh malas nak hadir ke kelas.
Salah satu kelas anjuran ireach. Marketing dari mereka
power!
kelas ada banyak jenis. Group kami menyediakan kelas secara maya
iaitu kelas secara webinar, kelas wassap, kelas dari group fb dan juga kelas
secara offline di setiap pelusuk negeri. Di mana anda, di situ kami.
Chewaaah.
Salah satu feedback dari kelas coaching (tunjuk cara bisnes)
yang kami adakan untuk guide mereka yang nak bina side income bersama shaklee
Rules
#4: Bertindak
Banyak
pergi kelas tapi balik kelas tak baut apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu tak
diapply. Bila tak apply hasilnya nothing. Jadi kena terus apply. Just do it.
Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes
network ni, kita punya ramai insan2 yang sudi berkongsi. Kalau rasa masih tak
yakin untuk buat sorang2, cari kawan..cari sideline untuk sama2 buat dan sama2
menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. Tiada
istilah ini dalam bisnes Shaklee.
Rules
#5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
Ada
satu pepatah mengatakan, kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan
kita akan dapat apa yang kita nk. Makna kata, walaupun ada seorang downline di
bawah kita, buat bersama2 supaya dia juga boleh buat mcm apa yang kita buat.
Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala
yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. Ilmu tu akan
diajar pula pada orang lain.
Rules #6: Jangan berhenti
Berhenti
sekejap, boleh merosakkan mood selama-lamanya. Perangai manusia ni, kalau kita
stop..bila nak mula balik tu payah. Macam menjahit, dulu saya sangat suka
menjahit..Tapi bila saya stop, mesin jahit tu saya pandang sepi je. Kesian kan.
Rugi memang rugi. Walau apa pun yang berlaku, jangan stop, dan jangan mengalah.
Hatta setiap sharing tiada respon, setiap bulan sales masih di takuk lama
walaupun setiap harri berusaha, atau setiap target tak pernah dicapai, teruskan
dan teruskan. jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia
tidak akan sia2kan usaha walau bertahun-tahun sekalipun. The power of Sabar.
Rules #7: Dekatkan diri
dengan Pencipta
Yang
ni memang tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi
yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya.
Jadi penting untuk berkasih dan bercinta dengan yg Maha Memberi. Bukan sebab
usaha kita, bukan sebab kepandaian kita, kita dapat hasil. Itu semua asbab dari
usaha. Yang meluluskan segala permohonan kita adalah Allah. Buat apa yang Allah
suka pasti Dia akan beri apa yang kita mintak.
Tetapkan dulu 7 rules ni dalam diri.
Follow
rapat2..biar sentiasa jadi prinsip hidup dalam bizz, insyaaAllah brape banyak
income yang kita nk kita akan dapat. Bisnes bukan sekadar buat duit, tapi
bisnes yang boleh bina diri kita jadi lebih baik, bisnes yang boleh upgrade
hubungan kita dengan Allah, bisnes yang boleh rapatkan ukhuwah dan sebarkan
salam persaudaraan bukan kah bisnes itu lebih banyak beri keuntungan??
Bisnes mesti nak untung kan?
Kalau rugi buat ape??
Kalau rugi buat ape??
Mahu bina side income Shaklee dengan group kami? Anda dialu-alukan
untuk menyertainya.
Pertanyaan
lanjut boleh hubungi saya di talian berikut. Tiada perjanjian bulan bintang
saya berikan, tapi cara buat bisnes dengan betul akan ditunjukkan. InsyaaAllah
hanya untuk mereka yang rajin usaha dan bertekad untuk berjaya.
FB : Ayish
Gapimas
Email : rahmahjoe@gmail.com
Call / SMS / Wasap ke : 017-296 6182
Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman
Ulasan
Catat Ulasan