Kegunaan Lain Ubat Gigi

Tahukah anda ubat gigi mempunyai beberapa fungsi lain selain sebagai penyegar mulut..

Jom kita baca..

🏷Anda boleh menggunakan ubat gigi untuk mencuci barang perak anda dan dapat membuatkan iainya kembali bersinar.

🏷Dengan bantuan ubat gigi, anda boleh mendapatkan lampu kereta yang kelihatan licin dan bersih. Ubat gigi moden mengandungi bahan yang kasar yang berfungsi untuk membersihkan apa² jenis permukaan yang kotor.

🏷Kasut dengan tapak kaki putih, seperti kasut Converse dapat dibersihkab dengan mudah dengan menggunakan ubat gigi.

🏷Anda boleh menghilangkan kesan kotoran pada permukaan kayu dalam beberapa minit dengan hanya menyapu sedikit ubat gigi.

🏷Ubat gigi juga bagus untuk menyingkirkan pelbagai jenis kotoran pada pakaian, daripada kesan gincu pada baju sehinggalah kuah spaghetti pada alas meja.

🏷Anda boleh mencuci sinki anda dengan ubat gigi, caranya ialah dengan mengambil sedikit ubat gigi dan letakkannya di dalam kain, kemudian gosokkannya ke sinki. Biarkan sebentar dan kemudiannya basuh menggunakan air.

🏷Anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan bahagian bawah sterika.

🏷Letakkan sedikit ubat gigi pada bahagian telefon yang calar itu dan kemudiannya secara perlahan-lahan, lapkan bahagian itu dengan menggunakan kain yang lembut.

🏷Ubat gigi juga boleh membersihkan kuku anda.

🏷Sesetengah jenis bau seperti bau ikan atau pun kari amat sukar dihilangkan dengan hanya menggunakan sabun sahaja. Jadi bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan ini, anda boleh menggunakan ubat gigi dengan meletakkannya sedikit pada bahagian yang ingin dibersihkan itu dan kemudiannya bilas menggunakan air.

Ulasan