JANGAN RISAU, KAU TAKKAN GEMUK AIR!!

Nak kurus? air putih kena minum banyak. Jangan risau. Kau takkan gemuk air. Gemuk air tu hanya jadi pada orang yang ada penyakit macam jantung dan buah pinggang.

Air ni penting untuk semua sudut fungsi badan kita. Bila air kurang dalam badan, dia akan mula serap air dari tempat lain.

Dia tarik dari usus, jadilah najis tu keras dan susah nak meluncur keluar. Sembelit. Boleh jadi buasir pulak nanti.

Dia tarik dari kawasan mulut, jadilah mulut tu kering dan berbau.

Dia tarik dari kulit, sampai jadi kering kering dan senang luka dan berdarah.

Minum air banyak banyak. Air kencing jadi banyak dan dia akan flush buang toksin dalam badan. Najis pun senang keluar. #Detoks semulajadi.

Setiap kali lapar, minum dulu air putih. Sebenarnya perut bukan lapar, tapi dia bagi sign tak cukup air. Saya banyak kali macam tu. Eh, bila minum air, elok pulak perut ni kenyang. Dah takde irama.

#AmericanJournalofEpidemiology plak kata, minum lebih 8 gelas sehari, dapat kurangkan 45% risiko serangan jantung.

Akhir sekali. Minumlah air putih bebanyak. #Free je. Bayar bil api air je pun untuk masak. Kalau guna coway atau cuckoo, lagi mudah. Tinggal tadah je cawan dan botol. Jangan kau pergi tadah mulut pulakkk. Mana seller #coway dengan #cuckoo ? Sila la tag diri sendiri. Kot ada yang nak letak mesin kat umah depa. Keh3.

So apa lagi, g beli botol air cantik macam ni. Baru semangat nak minum. Air jernih! Wiwiwiwi.


Ulasan