Setiap hari, jantung anda bekerja keras untuk
memastikan setiap sel dalam tubuh menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum.
Sebagai tanda penghargaan anda mencintai kesihatan jantung adalah dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.
Peranan Koenzim Q10 (CoQ10) terhadap kesihatan jantung.
Memberi Tenaga dan
Menguatkan Otot Jantung
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10
menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan
denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus,
meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.
Meningkatkan Peredaran Darah
Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10
membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang
teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri 3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah
mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.
Mengoptimumkan Denyutan Jantung
Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan
ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan,
yang membawa kepada kegagalan jantung.
Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.
Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.
Info tambahan : Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap
kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%!
Pertimbangkan untuk mengambil suplemen CoQ10 sebagai pelengkap untuk jantung
yang kuat dan sihat!
Peranan Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung
Menyokong Kesihatan
Saluran Darah
Terkenal
dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam
mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda
mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko
mengalami penyakit jantung.
Menyokong Tekanan Darah
Sihat
Pelbagai
kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan
tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang
sihat.
Anda boleh menambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung.
1. Polifenol untuk pengaliran darah yang sihat.
2. Fitosterol untuk paras kolesterol yang sihat.
Anda mahukan
nutrien ini dalam bentuk suplemen yang memudahkan anda melengkapkan keperluan
seharian?
Hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA.
Pilihan ditangan anda buat lah pilihan yang bijak.
KLIK UNTUK TEMPAHAN SEGERA
Atau
Whatsapp ke 0172966182
Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman
Ulasan
Catat Ulasan