Pernah merasa simptom-simptom ini secara tiba-tiba?
Ø
Pening
Ø
Kulit menjadi sejuk
Ø
Sedikit berpeluh
Ø
Pandangan kabur/berpinar-pinar
Ø
Rasa lemah badan
Ø
Vertigo
Ø
Loya
Ø
Pucat
Itu tandanya anda sedang pitam. Jika tidak diambil
tindakan segera anda berkemungkinan akan jatuh pengsan secara tiba-tiba. Pitam
dan pengsan merupakan situasi yang berbeza ya..jangan salah faham.
Pitam adalah berpunca daripada kekurangan darah di
bahagian otak. Kekurangan tekanan darah di bahagian otak menyebabkan otak
kekurangan oksigen dan glukos. Apabila ini berlaku, otak akan bertindak pantas
menutup peranannya yang tidak penting dan memfokus kepada bahagian kawalan
penting seperti pernafasan.
Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pitam hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.
Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pitam hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.
Sewaktu dalam keadaan pitam, kita masih boleh
mendengar percakapan orang disekeliling kita tapi biasanya tidak dapat memberi
respon kerana terlalu lemah. Pengsan berlaku sekiranya keadaan pitam tadi
dibiarkan hingga kita mula jatuh dan tidak sedar dengan perkara disekeliling
kita.
Maka sebaiknya jika berhadapan dengan mereka yang sedang pitam/pengsan ini, sebaiknya jangan dudukkan pesakit tapi baringkan mereka tanpa dialas kepalanya. Apabila berbaring aras kepala perlu berada sama aras dengan jantung. Bahagian kaki / betis boleh ditinggikan sedikit untuk mempercepatkan aliran darah naik ke kepala dan otak lebih baik.
Kebiasaannya mereka akan kembali sedar selepas beberapa minit. Jika masih dalam keadaan pengsan yang agak lama, jangan berlengah untuk membawa pesakit ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Maka sebaiknya jika berhadapan dengan mereka yang sedang pitam/pengsan ini, sebaiknya jangan dudukkan pesakit tapi baringkan mereka tanpa dialas kepalanya. Apabila berbaring aras kepala perlu berada sama aras dengan jantung. Bahagian kaki / betis boleh ditinggikan sedikit untuk mempercepatkan aliran darah naik ke kepala dan otak lebih baik.
Kebiasaannya mereka akan kembali sedar selepas beberapa minit. Jika masih dalam keadaan pengsan yang agak lama, jangan berlengah untuk membawa pesakit ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Mengapa terjadinya pitam?
1) Persekitaran
Keadaan sekeliling yang mendesak tubuh badan anda seperti berada dikawasan yang sesak, melakukan senaman/aktiviti fizikal yang berat, terlalu lapar dan haus mahupun berdiri terlalu lama dalam cuaca panas boleh menyebabkan anda pitam dan pengsan.
Terdapat sistem vasovagal yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah dalam badan kita.Apabila sistem ini terganggu, terjadilah pitam.
Terdapat dua jenis syncope iaitu vasovagal syncope dan hypoxic syncope. Vasovagal syncope adalah keadaan di mana emosi tertekan mahupun rasa tidak selesa berada di khayalak ramai. Apabila emosi bercelaru, ia menghalang darah ke otak dan menyebabkan pitam. Hypoxic syncope pula berlaku kerana kekurangan oksigen (hypoxia) iaitu apabila udara mengandungi kurang daripada 16% oksigen.
2) Ibu mengandung
Rahim yang membesar akan menekan saluran darah
besar aorta dan inferior vena cava yang
menyalurkan darah semula ke jantung serta ke otak. Perubahan dalam sistem darah
ini boleh menyebabkan pitam. Tekanan darah yang tidak stabil boleh menjadi
punca ibu mengandung mengalami situasi ini.
3) Kurang gula dalam darah
Otak memerlukan bekalan gulayang berterusan untuk
berfungsi 24 jam tanpa henti. Kekurangan gula biasa berlaku pada mangsa bencana
alam yang kekurangan bekalan makanan untuk beberapa hari. Mereka yang menjaga
pemakanan dengan ketat juga mengalami masalah serupa. Kandungan gula sebanyak
3.5mmol/ml menyebabkan seseorang itu mula pusing kepala manakala bacaan
2.0mmol/ml pula boleh menyebabkan pitam terjadi.
4) Hyperventilation
Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu menarik
nafas pendek tetapi laju. Boleh terjadi jika mereka terperanjar, stress,
mengalami keresahan, rasa takut melampau, dan sebagainya. Ketika situasi ini
berlaku, kadar kepekatan karbon dioksida akan menurun secara mendadak dan
meyebabkan pitam.
5) Anemia
Anemia berlaku apabila seseorang pesakit itu
mempunyai kurang bilangan sel darah merah. Sel-sel ini penting untuk membawa
oksigen ke jantung dan otak.
6) Masalah jantung
Degupan jantung yang tidak seragam dan kebocoran
kecil pada dinding tengah jantung akan menyebabkan pitam secara kerap. Jika
seseorang itu selalu pitam jika melakukan aktiviti yang berat, eloklah berjumpa
dengan doktor untuk kepastian lanjut.
Sekiranya pitam terjadi akibat yang dapat
dikenalpasti ia tidaklah terlalu serius. Namun jika ia sering berlanjutan
sehingga tahap selalu pengsan tiba-tiba, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan
doktor untuk mendapatkan kepastian jika ada masalah atau penyakit lain.
Adakah pengambilan suplemen Shaklee membantu atasi masalah pitam ini?
Ya, suplemen Shaklee boleh membantu untuk anda
mengelakkan masalah pitam ini dari berterusan bagi situasi tertentu seperti
berikut:
Jika anda ibu mengandung atau mereka yang pesakit
anemia sering mengalami situasi Hb rendah (bacaan kurang dari 10) ataupun
tekanan darah yang rendah mahupun kurang terkawal, pengambilan suplemen Shaklee
berikut pasti banyak membantu anda mengelakkan diri dari cepat pitam.
Pengambilan Vitalea dan B Complex boleh membantu meningkatkan kembali kadar hemoglobin darah anda sekaligus membantu melancarkan peredaran darah dengan baik. Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk keperluan nutrisi tubuh anda.Manakala B Complex Shaklee lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B yang penting termasuk asid folik.
Manakala jika anda sering pitam akibat melakukan
senaman/aktiviti fizikal yang berat mahupun sentiasa berada dlm keadaan cuaca
panas yang boleh menyebabkan badan dehidrasi anda boleh cuba tambahkan
pengambilan Performance Drink juga sebagai
minuman harian.
Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh
kehilangan nutrisi penting yang diperlukan. Shaklee Performance merupakan pilihan
paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan
membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
Performance Drink mempunyai lebih elektrolit dan menyediakan lebih
banyak tenaga daripada minuman penghidratan terkemuka. Gabungan elektrolit
proprietari OPTI- Lyte ™ ditambah campuran unik karbohidrat menyampaikan
tenaga segera dan berterusan dan menyokong penghidratan optimum. Sekaligus ia
mampu membantu mengelakkan diri dari mudah pitam juga bila beraktiviti lasak.
Jika anak-anak pula yang mudah pitam? Itu mungkin disebabkan mereka mengalami masalah kekurangan nutrisi yang mampu melancarkan peredaran darah dengan baik. Meal Shakes+Performance Drink merupakan suplemen yang bersesuaian dengan peringkat usia kanak-kanak.
Jika anak-anak pula yang mudah pitam? Itu mungkin disebabkan mereka mengalami masalah kekurangan nutrisi yang mampu melancarkan peredaran darah dengan baik. Meal Shakes+Performance Drink merupakan suplemen yang bersesuaian dengan peringkat usia kanak-kanak.
Bagaimana untuk mendapatkannya?
Hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan
harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA.
Pilihan ditangan anda buat lah pilihan yang bijak.
KLIK UNTUK TEMPAHAN SEGERA
Atau
Whatsapp ke 0172966182
Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman
Ulasan
Catat Ulasan