Cara Cepat Nak Hilangkan Parut Demam Campak Atau Chicken Pox
Pagi tadi sedang dok nyapu2 bilik tidur, telefon bunyi, masuk satu wasap. Saya ni bila bunyi wasap masuk, memang laju je g bukak. Tinggal lah kejap penyapu tu. heheh
Oohh.. rupanya wasap dari teman satu U dulu. Bermula la perbualan kami hihi..
Temanku : Hang buat shaklee lagi dak?
Diriku : Buat lagi. Nape?
Temanku : Aku kena demam campak ni. Baru 3 hari. Nak tanya,
produk apa nak bagi hilang parut. Sebab aku google,
tengok produk shaklee ni bagus.
Di kala umur dah 32 tahun baru kena demam campak. Memang azab la.huhu.. nasib baik lah kite dah kena masa kecik-kecik dulu. Kalau tak mau nangis juga nak bagi hilang parut. Kan?huhu..
Parut Pudar Dalam Tempoh 2 Minggu
Teringat kat satu testimonial yang dikongsi dalam grup iReach facebook, pasal sorang brader ni, baru je juga kena demam campak. Untung brader ni sebab wife dia jual shaklee.
(Terima kasih lah kerana berkongsi kisah dengan kami. Sekurang-kurangnya dapat lah kita tolong orang lain yang sedang mengalami keadaan yang sama. Semoga Allah balas kebaikan brader ni dan wife dia)
Jadi, daripada sharing brader ni, dia kata wife dia bagi makan beberapa suplemen. Antaranya Nutriferon, Garlic Complex, ESP Soy Protien, Vitamin C dan Vitamin E.
Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem immunisasi tubuh. Garlic pula bersifat Anti-Virus semulajadi. Kedua-dua suplemen ini sangat elok untuk mengurangkan rasa sakit dan menyembuhkan demam campak lebih cepat.
ESP, Vitamin E dan Vitamin C pula bertindak sebagai suplemen untuk memperbaiki tisu-tisu kulit akibat parut yang terbentuk daripada biji-biji campak. Jadi inshaaAllah parut akan cepat hilang. Brader ni kata 2 minggu je dah ok.
Testimonial Parut Demam Campak Pudar Dengan Suplemen Shaklee
Disini saya kongsikan sharing dari brader ni. Jom kita baca apa kata beliau hasil daripada memakan suplemen shaklee semasa demam campak. Testimonial yang ditulis sendiri oleh beliau dan dikongsikan bersama kami.
APRIL
2016
PERKONGSIAN
ZAMRI ROSLI
PARUT
DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE
Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli.
Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di
Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee
ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.
Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari
pertama saya dijangkiti virus chicken pox.
Selepas 3 hari virus mula mengganas dan
menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan
virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar
pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada
usia kanak-kanak.
Doktor bagi saya antibiotik yang paling
power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari
mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap
yang paling teruk ya.
Saya bertahan di rumah sahaja, isteri
menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya,
tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada
painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja.
Bayangkan kesakitan apabila
gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air
sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo..
Orang kata kesan parut cacar seperti
yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya
hilang.
Ketika saya perasan saya dah dijangkiti
oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan.
Seingat saya, dia berikan saya satu
sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi
saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh
cepat.
Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak
minum air ok.
Selepas hampir 2 minggu saya menahan
kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah,
akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex
juga ubat dari doctor, saya telah sembuh.
Kesan cacar tu pula cepat kering.
Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh
tidur lena.
Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan
saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak
selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh
isteri sahaja.
Oleh kerana saya kurang selera makan
masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga
walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat
saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah
sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.
Sedar tak sedar setelah hampir seminggu
selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc
Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan
saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu
nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam
pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.
Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan
yang tanya.. “uihhh cepat kering cacar you boss” apa produk you guna..saya
senyum je malas nak cerita..
Untuk mempercepatkan proses pemulihan
kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil
ESP, VITA C dan VITA E Complex..
saya kata kat isteri.. mahal tu belanja
nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung
lagi cepat pulih kesan parut cacar ni.
Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk
tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari
dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya
tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.
So saya ikut je saranan isteri untuk
mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin
pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh
mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..
Tapi berkat kesabaran isteri saya tu
dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa
sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan
hampir pulih sepenuhnya..
so ada la dalam hati saya kata (kalau ku
tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss
satu hari pun.. hehe).
Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan
kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang
penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya..
Terima Kasih SHAKLEE kerana
mengembalikan keyakinan hidupku.
Kalau parut chicken pox yang banyak dan
degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat
parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin
Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!
Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya
cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus
flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata
isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.
Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.
Sekian, terima Kasih
Kesakitan Yang Membawa Pahala
Betullah kata Allah, setiap ujian pasti
ada hikmahnya. Kenapa saya kata macam tu? Sebab, pasal brader ni sakit dan
amalkan produk shaklee semasa demam campak lah dapat membantu lebih ramai orang
di luar sana yang turut hadapi masalah yang sama.
Masa anak kedua kena demam campak dulu,
pada usia setahun lebih, saya hanya bagi Nutriferon dan Mealshake. Ajaibnya,
anak tak merengek pun. Elok je dia main macam biasa. Demam pun tak tinggi.
Dalam 37 ke 38 darjah celcius dan hanya demam kejap je pada waktu malam. Pagi
esok elok je.
So, itu je. Semoga perkongsian ini dapat
memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana.
Hubungi saya untuk mendapatkan set
kesihatan anda dengan harga menarik berserta konsultasi eksklusif secara
PERCUMA.
Pilihan ditangan anda buat lah pilihan
yang bijak.
KLIK UNTUK TEMPAHAN SEGERA
Atau
Whatsapp ke 017 2966182
Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman
Ulasan
Catat Ulasan