Mungkin ramai dikalangan kita yang
keliru tentang perbezaan antara cyst dan fibroid. Dan juga sering
beranggapan bahawa cyst dan fibroid adalah benda sama. Juga bertanggapan bahawa
cyst & fibroid boleh di atasi hanya melalui pembedahan.
Nanti
dulu! Sebelum kita putuskan sama ada semua tanggapan ini benar atau salah, jom
kita selidik beberapa info penting mengenai cyst dan fibroid terlebih dahulu.
Semuanya akan saya terangkan di dalam artikel ini.
Beza antara Cyst & Fibroid
#1 – Cyst
Cyst
sebenarnya adalah poket/bola/kelompong nipis yang mengandungi air/bendalir dan
apabila ia berada di dalam ovary, ia dikenali sebagai ovarian cyst.
Ia juga merupakan sejenis ketumbuhan dan BUKANNYA KANSER kerana
cyst tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara
perlahan-lahan tanpa merebak ke tempat lain seperti paru-paru dan hati.
#2 – Fibroid
Sejenis
ketumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan
tumbuhan yang SERING
MELANDA WANITA dan
ia BUKAN KANSER. Fibroid
biasanya berlaku di dalam UTERUS (Rahim/tempat peranakan).
Apa Itu Fibroid?
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang
berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim
terdiri daripada tiga lapisan, iaitu:
1.
Lapisan Paling Luar
·
Lapisan
yang nipis yang dinamakan serosa.
2.
Lapisan Tengah
·
Disebut
sebagai lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika
seseorang wanita sedang hamil.
·
Ketika
kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup
untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih
seperti sediakala.
·
Walaubagaimanapun,
ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang
mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
3.
Lapisan Paling Dalam
·
Dikenali
sebagai lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan
haid.
·
Apabila
seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan
luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
·
Darah
haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan
endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain.
·
Biasanya,
campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi
‘kotor’ sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan
tadi.
Tanda-tanda Fibroid dan Cyst
Dalam Rahim
1. Gangguan haid
2. Keputihan
3. Masalah
ketidaksuburan
4. Kemandulan
dikalangan wanita
5. Hubungan suami
isteri dingin atau sakit ketika bersama
6. Kerap letih dan
lesu
7. Kerap keguguran
8. Perut kembang
9. Rasa gatal dan
bau yang kurang enak pada vagina
10.
Kentut
vagina
11.
Kesejukan
kaki dan tangan
12.
Kerap
keguguran
Bagaimana Fibroid Tumbuh?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa
seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya,
punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada
sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak.
Ada
satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita
sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi
tidak semua datang berjumpa dan mendapat rawatan daripada doktor kerana
kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu
kesihatan.
Ada
yang mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita
yang tidak
berkahwin atau lambat kahwin dan juga yang berkahwin
tetapi sukar mengandung dan beranak.
Di
samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu
sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan
pelbagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Antara
fibroid mahupun masalah ketidaksuburan, mana satu yang timbul dahulu masih
tidak diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata ialah masalah ketidaksuburan
sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang
pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid.
Seringkali
kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur 30-an atau 40-an dan
setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau
lima orang anak, mereka didapati sukar untuk melahirkan lagi dan beberapa tahun
kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan
apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan
Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita.
Perlu
diberitahu di sini bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat
naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan,
iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.
Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang
khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam
badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan
yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan
ketidaksuburan atau kemandulan.
Adakah Ia Boleh Dirawat?
Seperti
yang ditulis oleh Dr Hamid Arsyad dalam tulisan beliau, tidak ada rawatan yang
menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada
kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin
mempunyai kesan khusus boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid.
Di
Shaklee, kami mencadangkan mereka-meraka yang menghidapi fibroid atau
cyst untuk mengambil VIVIX, GLA COMPLEX dan vitamin ACE iaitu CAROTOMAX.
GLA COMPLEX –
Membantu mengurangkan dan meningkatkan keberkesanan kestabilan hormon-hormon
estrogen dan progesteron.
CAROTOMAX – Gabungan
daripada vitamin ACE. ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri
daripada ENAM karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan
fitokimia yang bertindak untuk membunuh hormone xenoestrogen.
Ia
penting untuk mengelakkan pertumbuhan tidak normal seterusnya mengelakkan cyst
kembali membesar. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada
sumber makanan sahaja.
VIVIX – Gabungan
resveratrol dan polyphenols yang sangat berkuasa untuk memastikan sel kekal
muda dan bertenaga. Ia membantu melindungi dan memperbaiki sel hingga ke
peringkat DNA.Vivix juga terbukti mampu merencatkan pertumbuhan sel tidak sihat
dari cyst serta menghalang pertumbuhan sel tidak normal.
Persoalannya,
berkesan ke? Jom kita review sebahagian daripada puluhan ribu pengguna yang
berjaya mengecutkan cyst dan fibroid mereka dengan bantuan Shaklee.
Menarik
bukan baca kisah mereka? Jadi, kepada anda wanita-wanita diluar sana yang
mempunyai masalah cyst dan fibroid ini, bertindaklah sekarang. Sayangi rahim
anda sebelum anda kehilangannya.
Hubungi
saya untuk mendapatkan set kesihatan anda dengan harga menarik berserta
konsultasi eksklusif secara PERCUMA.
Pilihan ditangan anda buat lah pilihan yang bijak.
KLIK UNTUK TEMPAHAN SEGERA
Atau
Whatsapp ke 017 2966182
Sekian
Salam sayang dari saya,
Siti Rahmah Abdul Rahman
Ulasan
Catat Ulasan